
PEJABAT PERPADUAN NEGARA
DAN INTEGRASI NASIONAL
DAERAH TUWIPAT
JALAN HILIR PASAR
16200 tUMPAT
KELANTAN TEL : 09-7256261/019-9268822
Tn Hj Hanafee Bin Hj Yusoff
PT 30 Kg Hutan Jambu 6040 Palekbang Kelantan.
Tuan
KELULUSAN PENETAPAN KAWASAN RUKUN TETANGGA
Adalah saya dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Kawasan Rukun Tetangga Kok Pasirtelah diluluskan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan ini selaku Ketua Pengarah Rukun Tetangga sejajar dengan peruntukan Peraturan 5A, Peraturan-peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975.
3. Sejajar dengan kehendak Peraturan 5A, Peraturan-peraturan perlu(Rukun Tetangga)1975, Notis Penetapan ini perlu diumumkan samada secara lisan atau pameran ditempat-tempat yang difikirkan sesuai. Ini adalah untuk memastikan pemastautin sedar dan mengetahui bahawa kediaman mereka telah ditetapkan sebagai Kawasan Rukun Tetangga. Satu Jawatankuasa juga perlu dilantik bagi menguruskan dan mengendalikan Kawasan Rukun Tetangga ini dalam tempoh sebulan dari tarikh penetapan tersebut.
4. Bersama-sama ini juga disertakan salinan Notis Penetapan Kawasan Rukun Tetangga dan Format C yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini selepas selesai menguruskan perlantikan Jawatankuasa tersebut.
Sekian, Terima Kasih. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya Yang Menurut Perintah,
![]()
(HASIM BIN HJ MOHAMED)
b.p. Pegawai Perpaduan Daerah Pasir Mas/Tumpat
s.k. i-ii-iii-